Assalammu'alaikum waramahtuhllahi wabarakahtuh dan Salam Bahagia sepanjang hari yang mulia ini..
- Adakah ulat dlm buah itu najis?
Ulat yg hidup
Pada dasarnya, setiap serangga yg hidup adalah tidak najis, dan ia boleh jadi bernajis apabila berada di tempat2 najis. jadi, ulat yg hidup dalam buah2an tidak bernajis, manakala ulat yg hidup dalam bangkai dikira bernajis.
Ulat yg mati
manakala ulat yg telah mati, dikira sebagai bangkai, cuma diperselisihkan adakah najis atau ia najis yg dimaafkan. sebab ia termasuk serangga yg tidak ada darah yg mengalir.
- jika x najis, adalah halal dimakan?
Dalam mazhab Syafie dan Hanbali: ulat yg berada dalam buah2an halal dimakan ssamada yg hidup ataupun mati, dengan TIGA syarat:
i) Ulat itu dimakan bersama buah. Kalau makan ulat sahaja, tidak halal. kerana dihalalkan ulat itu berdasarkan kaedah 'ikutan' (ulat mengikut hukum buah). mengikut kaedah 'ikutan', tidak dihukumkan yg mengikut (ulat) secara bersendirian.
ii) Ulat itu belum terpisah dengan buah. Kalau ulat dah jatuh atas lantai, tidak boleh ambik balik ulat itu unt dimasukkan dalam buah, dan dimakan.
kerana illah (sebab) dihalalkan ulat adalah berdasarkan prinsip 'susah untuk dijaga'.
iii) ulat itu tidak menyebabkan bertukarnya rasa, warna atau bau buah. kalau bertukar, tidak halal lagi, kerana perubahan itu menunjukkan kuantiti ulat yg banyak.
Walaupun begitu, lebih elok untuk diperiksa buah2an sekadar tidak memberatkan, dan kalau mudah untk dibuangkan ulat2 itu, maka ia lebih baik.
di dalam satu hadis, Anas bin Malik menceritakan bahawa Nabi dibawa datang kepadanya buah tamar yg telah lama, lalu baginda memeriksanya dan membuang ulat daripadanya.
(HR Abu Daud, Ibn Majah, Baihaqi dll)
dihukum sahih oleh syeikh Nasiruddin Al-Albani.
No comments:
Post a Comment